Friday, 14 February 2014

sempurna

Cukup indah
Bila kita pejam mata
Dan bila kembali buka
Ianya seperti apa yang kita rasa
Bahagia tenang nyaman
Hilang kebingungan
Padam kurisauan

Tapi
Hakikatnya sejauh mana
Aku cuba tolak dunia
Berada dalam orbit kemahuanku
Tak mungkin aku dapat putarkan dan celupkan
Dalam air mata lara

Sebut pasal sempurna
Jauh benar beza antara kita
Diri yang dungu
Pilih untuk terus dilanyak
Sedangkan sempurna?
Terlalu jauh jurang kita

Bila tnya hati
Kau nak yang mana
Yang sempurna atau yang lara
Pasti jawapannya yg kedua
Hukum tuhan
Tiada yang sempurna melainkan Dia

Andai dipilih
Sempurna
Pasti aku tidak akan bertemu yang satu ini
Pasti sekarang aku masih sesat dalam kegelapan
Tidur di lorong-lorong neraka
Menanti matahari tiba

sayang sribu kali sayang

Sayang seribu kali sayang

Walau kata-kata keras
Amarah tidak kesudahan
Nasihat berpanjangan
Rindu tak berketepian
Namun hanya tuhan saja tahu
Bertapa aku sayang kamu dan kamu

Jangan kau ulangi
Memori yang aku celup dng air mata
Hati yg aku patahkan bagaikan kaca rapuh
Hancur berkecai
cukup untuk hanya aku saja yg rasa

Aku cuma mahu kau jadi seorang insan
Bukan halimunan yg hilang dalam bayangan
Bukan pula syaitan

Marah aku bersebab
Herdik aku mengajar
Walau kau benci
Tiada sebab untuk aku berhenti
Kerana satu hari nanti
Aku akan tersenyum
Melihat kau menjadi insan