Friday, 14 February 2014

sayang sribu kali sayang

Sayang seribu kali sayang

Walau kata-kata keras
Amarah tidak kesudahan
Nasihat berpanjangan
Rindu tak berketepian
Namun hanya tuhan saja tahu
Bertapa aku sayang kamu dan kamu

Jangan kau ulangi
Memori yang aku celup dng air mata
Hati yg aku patahkan bagaikan kaca rapuh
Hancur berkecai
cukup untuk hanya aku saja yg rasa

Aku cuma mahu kau jadi seorang insan
Bukan halimunan yg hilang dalam bayangan
Bukan pula syaitan

Marah aku bersebab
Herdik aku mengajar
Walau kau benci
Tiada sebab untuk aku berhenti
Kerana satu hari nanti
Aku akan tersenyum
Melihat kau menjadi insan

No comments:

Post a Comment